BLOG ini telah di lancarkan pada 2011. Tujuan utama adalah untuk menDedahkan orang ramai tentang pentingnya Kesihatan pada diri setiap orang.Tubuh badan kita hanya ada 1 sahaja, jadi ia perlu dijaga sebaik mungkin kerana jika rosak tiada galah ganti untuk dapat tubuh badan yang baru. Ini juga adalah Amanah & Tanggungjawab kita dari Allah bagi menjaga semua kurniaanNya ini sebaik-baiknya.
Jadi saya menggunakan pendekatan ini untuk menYampaikan tujuan saya ini dengan lebih mudah dan cepat kepada semua orang yang berkunjung ke blog ini.
Selain itu, saya juga ingin menGurangkan masalah OBESITI yang semakin meruncing di negara kita ini. Masalah ini perlu diatasi dengan cepat agar tidak menjejaskan kesihatan anda kerana masalah ini. Apa yang saya nyatakan adalah mengikut fakta yang telah dikeluarkan dalam akhbar Harian Metro pada 25 Januari 2011 seperti di bawah :
"Pengidap diabetis (Kencing Manis) telah meningkat 2 kali ganda di kalangan rakyat di Malaysia. Kini terdapat lebih kurang 1.4juta pengidap penyakit ini di negara kita. Tarikh 14 November 2010 telah dinamakan sebagai Hari Diabetis Sedunia."
Saya nyatakan kenyataan di atas ini adalah kerana punca utama dan peratusan tertinggi penyebab penyakit diabetis adalah disebabkan masalah obesiti (kegemukkan). Penyakit ini mampu menghalang kita untuk mencapai cita-cita kita dan menghancurkan masa depan kita.
Saya hanya mahu semua orang sedar akan betapa besarnya masalah yang kita hadapi jika tidak mahu menCegah dari sekarang.
Bantuan akan sentiasa ada tetapi tidak akan dapat mengurangkan masalah anda jika tidak mahu untuk mencari. Orang yang mengalami masalah obesiti ini selalu kurang keYakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Ini bukan andaian atau rekaan tetapi dari pengalaman sendiri dan dari orang lain yang pernah saya jumpa.
Berubahlah untuk diri anda sendiri bukan kerana orang lain...
Tiada siapa yang boleh mengUBAH diri anda melainkan anda sendiri mengUBAHnya.
KAMI ADA UNTUK MEMBANTU ANDA..!!!